Wednesday, November 25, 2009

Tayangan 3D


Korang mesti tau kalau sebut 3D je mesti semua berminat. Tapi korang tau tak apa yang tak seronoknya kalau 3D masuk panggung?? Haaaa....Biar BW dedahkan kat sini. Kalau selama ni korang tengok macam rileks je kan keje jaga 3D tu, memang silap besar la. Mungkin kalau kat i-max (Times Square) tu lain. Tu BW tak tahu la kan. Tapi kalau kat tempat BW, memang penat sikit. Sebab tu kalau ada tayang 3D masuk je panggung, mesti rasa macam punggung je. Hahaha..


Mahu taknya, 3D kat tempat BW ni berbeza sikit. Spekmata yang di beri bukan sebarang spek mata, satu spekmata tu berharga USD $50 tau. Bukan main tampal kat kertas yang macam kita selalu tengok tu. Dah la mahal, kalau hilang atau ada yang rosak, akan didenda pulak dengan potongan gaji. Sanggup ke korang..???


 

Kalau filem nak mula, budak-budak yang buat kerja kat 3D ni kena susun dulu spek. Tengok mana yang rosak, patah ke, apa-apa je la, kena tulis laporan. banyak gak la kerja kena buat. Agak meletihkan sebab BW pun pernah buat kerja ni. 


 

Bayangkanlah setiap kali wayang 3D habis, BW kena tunggu kat pintu keluar sebab nak kutip spek tadi. Lepas itu, setiap spek yang telah di pakai mesti di cuci, dan di basuh. walaupun tak menggunakan khudrat sendiri untuk menyental spek tu, tapi letih juga nak ulang-alik dari tempat spek ke tempat basuh. Ada la dalam 50 meter. Nak angkat spek lagi, Nak berjalan lagi. Fuhhh..memang meletihkan la. tak caya meh datang tengok. Hahaha.. Tengok la tray kat bawah ni. Ni la yang di gunakan untuk mengankat spek-spek yang kotor tadi ke tempat basuh. Kat dalam tempat cuci tu ader satu mesin auto untuk mencuci pinggan, tapi di gunakan untuk mencuci spek. Tengok, dah la kena cuci, pastu main dengan air pulak tu. Kesian. Kadang-kadang habis basah baju-baju gua kalau terkena air. Nak-nak masa mesin tu ada masalah. 





Jadi buat semua yang datang untuk menonton cerita 3D, yang menggunakan spek, tolong lah hargai apa yang telah di beri pinjam. Jangan la curi ke, nak rosakkan ke ataupun tinggal kat kerusi ke. penat tau BW semua buat benda-benda, bukan untuk BW, tapi untuk penonton la. Kadang-kadang kalau ada spek yang kabur sebab tak kering lagi, BW juga yang kena marah dengan penonton. Padahal, boleh je bagi spek baru yang lagi ok. Tapi dah kena marah. malu BW tau. BW dah buat yang terbaik, jadi kalau ada yang nak timbulkan masalah harap-harap pikirlah berkali-kali. Terima kasih dan mintak maaf jika ada yang terasa ok. BW cuma nak berkongsi pengalaman je kat sini. Huhuhu...








2 comments:

  1. ingatkan senang keje wayang ni ssh jugak kan !

    ~salam kenalan BW~

    ReplyDelete
  2. salam kenalan gak ...

    nampak je senang bro, padahal susah gak..
    jemput dtg nt gua bg half price..hehe

    ReplyDelete